Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Sunday, February 26, 2012

Hafiz Awan Nano tayang kekasih baru pengganti Adira


Bintang Akademi Fantasia (AF), Hafiz yang pernah digosipkan putus cinta dengan Adira yang juga
bintang program realiti televisyen (TV) itu dikatakan sudah mempunyai pengganti apabila dia membawa kekasih barunya baru-baru ini.
Hafiz AF Sudah Ada Kekasih Baru?
Pada majlis kesyukuran anjuran Astro sempena kemenangan lagu berjudul Awan Nano nyanyian Hafiz yang menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) bulan lalu itu, penyanyi berambut afro itu tersipu-sipu malu apabila gambar teman wanitanya dirakamkan jurugambar.
“Kami cuma berkawan biasa dulu. Lagi pun tidak salah saya membawa dia (teman wanita) itu ke majlis seperti ini kan? Memang saya yang menjemputnya,” komen Hafiz ringkas apabila persoalan itu diajukan para wartawan kepadanya pada majlis tersebut.

No comments: