Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Friday, February 10, 2012

Hafiz buat kenduri Awan Nano


Juara pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-26, Hafiz Suip menganjurkan majlis kesyukuran malam
semalam di Hotel Hilton sempena dengan kejayaannya juga sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong karier seninya.
Hafiz Anjur Majlis Kesyukuran Kejayaan Awan Nano




Memetik laporan mStar, penyanyi popular yang mendendangkan lagu Awan Nano itu berkata niat untuk meraikan kejayaan itu sudah dirancang selepas merangkul gelaran juara di AJL26 pada 29 Januari lalu.
“Saya memang sudah merancang untuk anjurkan majlis kesyukuran ini. Kebetulan pula pihak Astro selaku pengurusan juga bersetuju untuk turut serta.
“Majlis ini sebagai tanda penghargaan saya kepada semua pihak yang banyak membantu dan menyokong saya selama ini termasuklah komposer, teman-teman industri, peminat dan keluarga,” kata Hafiz.
Selain ahli keluarga dan teman-teman rapat, majlis tersebut turut dihadiri komposer dan penulis lirik Awan Nano Datuk M. Nasir dan Budi Hekayat, komposer Aidit Alfian, penyanyi Herman Tino dan Aril Pilus, guru vokal Shafizawati Shariff dan petugas media.




No comments: