Tunang kepada pemuzik terkenal Indonesia Anang Hermansyah, Syahrini begitu fokus dalam karier nyanyiannya apabila dia dikatakan sanggup menangguhkan perkahwinanya sehingga album terbarunya diriliskan.
Penyanyi berusia 29 tahun ini mengakui bahawa dia sememangnya tidak sabar untuk menyusul adiknya, Aisyahrani yang akan berkahwin pada 5 Mei ini.
"Habis pelancaran album ini, saya akan berkahwin selepas adik saya, insyaAllah,"katanya kepada detikHot ketika ditemui di SCTV Tower Senayan, Jakarta Selatan, Isnin yang lalu.
Pelantun "Aku Tak Biasa" itu memberitahu bahawa persiapan untuk album terbarunya itu kini sudah siap 90 peratus dan akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment