Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Wednesday, May 30, 2012

Gambar | Amy Search Jadi Ahli UMNO Bukit Bintang


Sebelum ini heboh di internet apabila penyanyi rock terkenal, Amy Search dikatakan semakin cenderung menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.
Gambarnya bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat disebarkan dengan meluas.

Malah Amy pernah dipetik sebagai berkata,” Tuan Guru Nik Aziz guru aku”.
JOM PRE-ORDER SAMSUNG GALAXY SIII HANYA RM 999 > KLIK SINI

Namun beliau mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk menyertai UMNO hari ini.
Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abd Rahman menyertai penyanyi lain seperti Ibnor Reza, Jamal Abdillah dan Mus May sebagai ahli UMNO bahagian Bukit Bintang.
Dalam laporan media sebelum ini, terdapat beberapa selebriti tempatan yang turut menyertai UMNO antaranya, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Zed Zaidi, Rashdan Baba, Ezani Nizarif, Haris Kool, Adam AF, Mamat Khalid, Datuk AC Mizal dan ramai lagi.
“Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya,” kata Amy, 54.
Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, Amy berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.
“Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja,” katanya.
Sementara itu, Mus, 44, memberitahu beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.
“Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara… Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Bagi Ibnor Riza, 51, beliau telah lama bercadang untuk menyertai Umno setelah sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.
Ab Rauf berkata Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan mereka boleh bertindak sebagai duta parti itu.
“Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno,” katanya.
Kini terdapat 43 anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah.
JOM PRE-ORDER SAMSUNG GALAXY SIII HANYA RM 999 > KLIK SINI

No comments: