Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Wednesday, May 16, 2012

Konsert Gaga di Indonesia Dibantah kerana Merosakkan Moral

Sebelum ini, kumpulan Kristian telah memprotes konsert siri jelajah dunia Born This Way Ball yang dijadualkan berlangsung di Seoul, Korea Selatan. Kini, Lady Gaga bakal berulang apabila penyanyi kegemaran ramai ini mengadakan konsert sulungnya di Indonesia pada 3 Jun akan datang.
gaga

Konsert lady Gaga ini telah mendapat bantahan daripada kumpulan Islam yang menganggap lirik lagu yang dinyanyikannya mempunyai unsur-unsur ajaran sesat serta memuja syaitan.

Seorang jurucakap Pembela Agama Islam (FPI) memberitahu The Wall Street Journal bahawa Gaga telah menghina semua agama.

Sementara itu, Ketua Pembela Agama Islam, Rizieq Shihab telah memberi amaran kepada penyanyi tersebut bahawa kekacauan akan berlaku sekiranya konsert tidak dibatalkan, seperti dipetik daripada laporan The Jakarta Post.

"Stail dan cara pemakaiannya yang menjolok mata akan menghancurkan moral anak muda di sini. Dia sangat merbahaya," ujar Rizieq.

Walaubagaimanapun sehingga kini, konsert tersebut masih lagi akan diteruskan seperti yang dijadualkan.

No comments: