Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Sunday, June 24, 2012

Gambar | Kangin Super Junior Kembali Setelah 3 Tahun "Hilangkan Diri"


Nampaknya, ahli Super Junior (SuJu), Kangin telah menyatakan hasrat untuk kembali bersama SuJu sekaligus akan tampil album keenam mereka pada awal bulan hadapan.


Setelah melancarkan album Mr Simple kira-kira setahun yang lalu, Kangin yang dikatakan telah lama menghilang kini ingin beraksi semula bersama rakan-rakan di dalam SuJu.
Selain itu, Kangin sedang giat berlatih bagi menjayakan promosi album keenam mereka yang akan dilancarkan pada awal bulan depan, memetik laporan SM Entertainment.
Sebelum ini, SuJu telah berjaya menjual album Mr Simple lebih dari 500,000 unit dan berjaya menduduki carta digital tempatan.
Kangin sebelum ini dikatakan telah menyertai perkhidmatan ketenteraan selama hampir tiga tahun dan bukanlah menghilangkan diri seperti yang dilaporkan oleh beberapa pihak.
Pada masa yang sama, banyak pihak terutama peminat SuJu memberi harapan yang tinggi terhadap album terbaru mereka yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

No comments: