Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Tuesday, June 26, 2012

Kerana Botakkan Kepala Menyokong Kempen Kanser, Ras Adiba Digantung Kerja


Kerana memotong rambutnya pendek sehingga kelihatan botak, sebuah stesen TV tempatan telah mengambil tindakan dengan menggantung kemunculan Ras Adiba Radzi dari keluar di kaca TV.

Niat baik Ras Adiba untuk menyokong kempen “Jom Botak” yang telah dianjurkan oleh Majlis Kanser Nasional telah memakan dirinya sendiri kerana sebelum ini juga, netizen telah mempersoalkan niat baiknya. Antaranya ialah seorang pembaca OHBULAN! dalam artikel sebelum ini yang bertajuk Foto : Ras Adiba Radzi Botak, Sokong Kempen “Jom Botak”.
Namun, menurut The Star, penggantungan ini hanyalah untuk sementara waktu sehinggalah rambut Ras Adiba kembali panjang seperti sediakala. Ras Adiba juga telah dimaklumkan mengenai hal ini dan dia telah menawarkan untuk memakai rambut palsu, namun ditolak bulat-bulat oleh stesen TV tempatan tersebut.
“Ras Adiba telah menawarkan untuk memakai rambut palsu tapi kami telah menolak tawaran ini kerana agak pelik untuk dia muncul di kaca TV dengan rambut palsu kemudian botak pula dikhalayak ramai,” jelas sumber.
Moga, cepatlah panjang rambut Ras Adiba ya selepas ini.

No comments: