Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Wednesday, June 13, 2012

Pelawak Veteran | Osman Kering Semakin Stabil


Pelakon komedi veteran, Osman Kering yang menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) baru-baru ini, dilaporkan semakin stabil dan kembali pulih dari keadaan kritikal seperti yang dilaporkan pada 11 Jun lalu.
Osman Kering

Menurut laman Twitter milik wartawan rancangan hiburan Melodi, Zuan Azmi, Osman kini telah dimasukkan ke wad ICU di tingkat dua hospital berkenaan setelah bertarung nyawa semalam.
“UPDATE dr HUKM, keadaan Osman Kering lbh stabil skrg & kini di wad Ting 2 ICUm HUKM,” kata Zuan di laman tersebut lewat petang semalam.
Menurut Zuan lagi, doktor di hospital yang merawat pelakon komedi itu telah mencuci buah pinggang milik Osman pada pagi semalam sebelum dimasukkan ke wad berkenaan.
Beberapa pihak termasuk beberapa artis sebelum ini menyebarkan khabar angin bahawa Osman telah meninggal dunia menerusi internet sebelum desas-desus tersebut dinafikan anak perempuannya, Nur Ain Osman.
Dipercayai kesilapan mengenai “kematian” Osman itu disebabkan oleh salah faham di antara anak lelakinya dengan beberapa wartawan media lain yang mengikuti perkembangan pelawak tersebut.
Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim, merupakan seorang pelakon komedi terkenal negara, berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, dan begitu aktif di persada seni tanahair dengan telatahnya yang melucukan.

No comments: