Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, ikatan perkahwinan antara bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin dan Salyo Priyanto terlerai selepas mereka sah bercerai sebentar tadi.
Menerusi laporan mStar, pasangan ini bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak selepas Salyo, 37, yang berasal dari Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang.
Sasha mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut tetapi bersedia memberi penjelasan apabila tiba masanya.
Perceraian hari ni terjadi selepas kedua-duanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumahtangga mereka secara baik.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia 3 tahun.
Sebelum ini, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah 4 tahun kemudian.
No comments:
Post a Comment