Dek kerana kesibukan memenuhi tuntutan kerjaya, pelakon remaja popular, Izara Aishah mengakui belum sempat untuk melakukan persiapan rayanya untuk tahun ini. Katanya lagi dia lebih selesa melakukan persiapan pada saat-saat akhir.
"Rasanya untuk sambutan raya tahun ini, Izara hanya beli baju di butik sahaja memandangkan Izara tidak sempat nak tempah baju ikut selera sendiri. Nak buat macam mana, raya pun dah nak dekat," ujar Izara yang ditemui di sesi ramah mesra dan iftar Burger King bersama anak-anak yatim di Seksyen 13, Shah Alam, semalam.
Berkongsi mengenai perkembangan terbarunya pula, Izara akan ke lokasi filem 'Putera' bergandingan bersama Ezany Yusuf dan Namron dan jangan lupa saksikan telefilem 'Vanila Coklat Raya' pada hari raya pertama di TV3.
kredit : mediahiburan
No comments:
Post a Comment