Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Friday, September 7, 2012

Gambar | Ashraf Muslim Buat Comeback Berlakon Semula Drama Aku Bukan Haji


Pelakon dan pengacara, Ashraf Muslim yang pernah menyuarakan hasratnya untuk berehat seketika daripada bidang lakonan kerana mahu menumpukan perhatian terhadap bidang perubatan Islam yang diceburi, khabarnya akan kembali berlakon.
ashraf

"Keputusan untuk kembali berlakon dibuat selepas Klinik Al-Hidayah yang dikendalikan bersama Hj Lokman sudah mempunyai beberapa orang petugas lain," kongsi Ashraf.
 
Menurut Ashraf, dia akan mula berada di lokasi penggambaran drama 'Aku Bukan Haji' pada 10 September ini.
 
Menariknya, drama yang akan ditayangkan di TV Al-Hijrah itu merupakan buah tangan pertama syarikatnya iaitu Al-Hidayah Production.
 
Syarikat produksi yang ditubuhkan bukan sahaja memberi tumpuan pada penerbitan drama, tetapi bakal menerbitkan dokumentari dan program lain.
 
Dalam perkembangan lain, ditanyakan soal anak, jawabnya;
 
"Buat masa sekarang belum ada rezeki lagi." 

No comments: