Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Wednesday, September 12, 2012

Gambar | Dira Abu Zahar Merajuk Dengan Dunia Seni??


Hilang tanpa berita dan seolah-olah seperti merajuk dengan dunia seni tanah air, begitulah yang kelihatannya daripada pelakon dan pengacara Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar.
Namun, Dira mengakui dia masih lagi aktif bergiat sebagai anak seni. 


Cuma kini aktiviti seninya semakin dikurangkan berikutan dirinya yang sudah kembali bergelar pelajar sarjana dalam bidang pengajian Filem dan Televisyen Digital di Universiti Lim Kok Wing.

Jelas Dira lagi, situasi dirinya yang dikatakan menyepi akibat merajuk selepas disingkirkan daripada program popular Melodi, berikutan insiden pergaduhannya bersama seorang wanita di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Ismail pada April lalu, nyata tidak benar sama sekali.

Ditanya mengenai perkembangan kes pergaduhan tersebut, dia juga masih belum menerima sebarang maklum balas terbaru juga status terkini mengenai isu berkenaan.

"Selagi belum ada apa-apa keputusan yang sahih dan jelas, saya tidak mahu komen perkara ini dengan lebih lanjut. Buat masa ini belum ada sebarang perkembangan dan saya masih menunggu keputusan dari pihak yang mendakwa saya mencederakannya itu.

"Apa-apa pun saya mahu keputusan yang terbaik bagi memperjelaskan situasi sebenar sekaligus menyelesaikan kes ini secara baik," komen Dira yang belum mendapat maklum balas daripada pihak wanita tersebut.

No comments: