Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Friday, September 21, 2012

Gambar | Qi Razali Nafi Wujud Orang Ketiga Punca Dia Dan Yuna Berpisah


Kisah berakhirnya episod cinta Yuna dan Qi Razali memang menjadi topik perbualan utama industri gossip tempatan semalam. Dan, hari ini pihak lelaki membuka mulut.

Qi Razali berkata kepada portal hiburan Murai yang beliau kini sudah dapat menerima kenyataan yang hubungan mereka sudah berakhir tetapi hatinya masih ada untuk Yuna.
“Terus terang, saya tidak kecewa kerana harapan itu masih ada dan kami masih lagi berkawan. Lagipun hati saya masih lagi ada buat Yuna,” ujar Qi Razali hari ini.
Ekoran berita hubungan mereka berakhir, ada gossip mula tersebar yang mengatakan perpisahan mereka berpunca kerana kehadiran orang ketiga yang menjadi pengubat kesunyian.
Namun Qi Razali menjelaskan yang keputusan mereka ambil adalah kerana mereka berdua ingin memberi lebih komitmen kepada kerjaya masing masing selepas ini.
Pengacara & pelakon ini juga tidak menolak jika bertemu jodoh dengan Yuna kelak. Tidak lari kalau sudah jodoh ‘kan?

No comments: