Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Sunday, September 23, 2012

Gambar | Remy Ishak Sahkan Sudah Putus Dengan Tiz Zaqyah


Jika semalam Tiz Zaqyah enggan memberikan sebarang komen lanjut, Remy Ishak hari ini telah tampil memberikan penjelasan sebenar tentang apa yang terjadi.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Remy Ishak mengakui yang kenyataan beliau di Twitter memang merujuk kepada hubungan cinta bersama Tiz Zaqyah yang sudah berakhir.
“Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan & rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya & Tiz Zaqyah lalui tidak mengelirukan,” ujar Remy Ishak.
“Siapa tak sedih lepas putus cinta, tapi saya kena menerima hakikat bahawa kami tidak boleh meneruskan komitmen dan memasuki fasa yang lebih serius,” tambahnya lagi.
Remy Ishak turut memohon kepada semua pihak supaya tidak mencari kesalahan mana mana pihak sebagai atas perpisahan mereka & mengatakan masih boleh berkawan.

No comments: