Sebelum ini Murai Batu pernah mengeluarkan cerita mengenai hubungan mesra antara pelakon Ana Dahlia dengan seorang jejaka berbadan sasa yang telah dikongsi pelakon itu di laman Instagram miliknya.
Malah baru-baru ini juga, pelakon itu telah berkongsi gambar percutiannya di bandaraya Bangkok bersama jejaka berwajah cun yang telah menimbulkan seribu tanda tanya.
Selidik punya selidik, teman Murai Batu telah ternampak gambar kedua-dua mereka ketika mengunjungi butik fesyen milik pereka fesyen Ezuwan Ismail di laman Instagram pereka fesyen popular berkenaan baru-baru ini.
Jadi di hati Murai Batu mula tertanya-tanya. Adakah benar mereka sedang bercinta dan adakah benar mereka kini sedang membuat persiapan untuk mendirikan rumah tangga?
Murai Batu jadi mushkil kerana secara logiknya, memang sudah jadi kebiasaan bagi seseorang selebriti yang sedang hangat bercinta datang berpasangan ke butik fesyen terutama ke butik Ezuwan Ismail yang cukup terkenal dengan rekaan busana perkahwinan, maka tidak tidak lain tidak bukan ialah untuk menempah persalinan pengantin.
Maafkan Murai Batu kalau tekaan Murai Batu ini salah tetapi jika diselidik dengan teliti dan daripada khabar angin yang bertiup kencang, Murai Batu percaya Ana Dahlia memang merancang untuk berumah tangga tidak lama lagi.
Dari sudut lain Murai Batu dapat faham mengapa Ana Dahlia begitu berahsia tentang perkara itu. Apatah lagi dia pernah kecundang dalam perkahwinan sebelum ini. Jadi berdiam diri adalah jalan terbaik buatnya.
Tapi dalam masa yang sama Murai Batu jadi hairan. Jika Ana Dahlia benar-benar ingin berahsia tentang jalinan hubungannya itu, mengapa dia perlu berkongsi gambarnya bersama jejaka itu di laman sosial miliknya yang dapat disaksikan ribuan peminatnya?
Cuba jawab sikit wahai Ana Dahlia yang cantik jelita?
Daripada khabar yang Murai Batu dengar, Ana Dahlia telah mengunjungi butik Ezuwan Ismail untuk menempah pakaian perkahwinan mereka sebelum dia berkunjung ke Bangkok baru-baru ini.
Sebelum itu juga mereka telah menyiapkan sesi fotografi pra-perkahwinan untuk tatapan para tetamu pada hari bahagia mereka itu nanti.
Persoalannya, bilakah tarikh perkahwinan mereka berdua? Itu Murai Batu tak pasti dan masih menjadi misteri. Mungkin juga dalam sebulan-dua ini juga. Manalah tahukan.
Apapun Murai Batu mendoakan kebahagiaan Ana Dahlia dan buah hatinya itu. Nanti kalau bersanding jangan lupa jemput Murai Batu pula.
sumber > Murai Batu
No comments:
Post a Comment