BACA >> Sebutan Kes Cerai Adam AF & Fiza Elite Isnin Hadapan
Dengarnya lagi, kes tersebut bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan.
Pelbagai spekulasi mula timbul di kalangan peminat termasuklah mengandaikan ikatan yang dibina sejak September tahun lalu bakal berkecai.
Bagaimanapun, satu gambar yang dimuatnaik oleh Fiza menerusi akaun Instagramnya semalam mungkin bakal memadamkan kemelut yang dihadapi pasangan itu.
Gambar Adam dengan caption:
“Still on his meeting….gnite abi…ami zzzz dulu…got this pic 5mins ago from@adamaf2…”
Adakah ini bermakna kedua-duanya sudah berbaik-baik semula?
Jika benar, pasti ramai peminat yang gembira dan bersyukur dengan perubahan ini.
Lagi pun, tempoh perkahwinan Fiza dan Adam belum menjangkau setahun pun.
Pendek kata, ia masih merupakan fasa untuk mengenali dan menerima kelebihan dan kelemahan pasangan masing-masing.
Kami doakan semoga hubungan kedua-duanya akan terus pulih dan kekal hingga ke akhir hayat. Amin…
No comments:
Post a Comment