Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Saturday, April 26, 2014

Kerana Gambar Bersama Keith Foo, Ziela Jalil Privasikan Instagram

Tempias kontroversi daripada drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta turut terkena kepada produsernya, Ziela Jalil apabila foto mesra bersama Keith Foo yang dimuatnaik di Instagramnya baru-baru ini mendapat kritikan pedas.

Isu tersebut menyebabkan pemilik syarikat produksi Pena Kreatif Sdn Bhd ini tidak
lagi membuka akses akaun peribadinya itu kepada umum.
Memetik temubual yang telah dibuat antara Astro Awani dan produser tersebut baru-baru ini jelas menggambarkan perasaan Ziela Jalil yang kecewa apabila ada pihak dilihat bukan mahu menegurnya dengan ikhlas tetapi seolah-olah mahu mengaibkannya di laman sosial tersebut.
Tambahan pula apabila komen tersebut turut mengheret anak Ziela yang disuruh menasihati ibunya dan ianya agak keterlaluan untuk diterima Ziela.
Namun begitu, Ziela akui kesilapan yang telah dibuatnya dan bersyukur masih ada peminat yang tampil menyokongnya.
“Kakak boleh terima jika ada yang ikhlas mahu menegur tetapi mesti kena caranya. Tetapi melibatkan anak kakak dan dia disuruh untuk memberikan nasihat, itu sudah keterlaluan. Kalau mahu tegur, kenapa perlu libatkan sampai anak-anak.
“Disebabkan itu kakak ambil keputusan untuk menutup akses kepada umum supaya selepas ini kakak tahu hanya kawan dan peminat sahaja yang akan komen. Itu pun kalau ada yang negatif, padamkan komen dan sekat sahaja mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, di Red Carpet Avenue, Encorp Strand, Kota Damansara.

No comments: