Pernah jadi bualan ramai tidak lama dahulu yang mengatakan Nad Zainal menaja kekasihnya yang ‘sengkek’ namun ianya dinafikan oleh kedua dua belah pihak. Baru baru ini pula timbul khabar yang mengatakan mereka sudah berpisah.
Menerusi program Melodi hujung minggu lalu, Nad Zainal mengakui akan kebenaran kisah itu
namun beliau tidak mahu mengulas lanjut tentang apakah punca perpisahan mereka lebih lebih jika berkaitan dengan isu taja menaja.“Saya rasa tiada benda lagi nak cakap. Everything is over. Hanya kami tahu kenapa, masyarakat tak perlu masuk campur. Saya tak rasa benda ni jadi beban pun kepada masyarakat. Benda dah habis dan semua orang pernah lalui benda yang sama,” ujar Nad Zainal.
Nad Zainal juga menafikan wujudnya orang ketiga dalam hubungan percintaan mereka selain menganggap ianya perkara biasa untuk masyarakat di luar sana untuk putus cinta dan melalui perkara sama.
“Ada sebab masing-masing dan tak dapat nak teruskan hubungan. Cuma sebab munasabab itu tak boleh share. Privacy saya adalah hak saya. Jangan ada yang pertikaikan. Saya hormati anda dan anda hormati saya,” tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment