Tahniah diucapkan. Mereka berdua dikatakan telah bernikah di Batam, Indonesia tetapi
belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini. Perkahwinan ini disahkan apabila JAIS mengunjungi kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi ini, dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan penyanyi Alyah.
Semoga dengan berita ini, Alyah tidak lagi tertekan dengan soalan-soalan daripada para media. Tahniah Alyah dan Ramli MS. Semoga perkahwinan anda berkekalan ke akhir hayat. Berikut adalah laporan daripada Berita Harian mengenai perkahwinan kedua-dua selebriti ini.
PUCHONG: Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengunjungi kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi ini, dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan penyanyi Alyah.Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin.Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu.Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin.
No comments:
Post a Comment