Jika tiada aral melintang, tinggal dua bulan sahaja lagi pasangan Rozita Che Wan & Zain Saidin bakal menimang cahaya mata pertama mereka yang dijadual akan lahir sekitar Oktober nanti. Ya, pasti ramai tidak sabar untuk menanti khabar gembira ini.
Hadir ke majlis rumah terbuka syarikat pengurusan Laugh Out Loud semalam, Zain Saidin buka cerita tentang satu insiden yang dialami oleh isteri tersayang yang terjadi pada awal bulan Ramadhan yang lalu.
“Kejadian ini tak silap saya berlaku hari puasa pertama. Dia ada buat kerja siram pokok pada hari
berkenaan. Selepas itu pada sebelah petang dia nak bersiap untuk ke majlis berbuka puasa ada sesuatu yang terjadi. Berlaku pendarahan kecil dan kami segera ke pusat perubatan Prince Court untuk mendapatkan pemeriksaan”
“Kami mendapatkan rawatan susulan keesokan hari kerana doktor yang perlu dirujuk tiada pada hari pertama. Alhamdulillah pada hari ketiga pendarahan sudah tak ada. Mulai dari itu, saya tak izinkan lagi dia buat kerja berat. Berjalan atau berdiri lama pun saya tak izinkan kerana bimbang kaki bengkak,“ cerita Zain Saidin kepada Berita Harian.
Pelakon itu turut memaklumkan yang anak mereka sudah pun mempunyai kontrak bersama Astro sebagai hak eksklusif penyiaran dan pastinya kita akan menanti lebih lama untuk mendapatkan gambar wajah anak pasangan ini nanti.
“Bakal anak kami pun akan ada hak siaran eksklusif Astro. Itu rezeki anak namanya. Kami turut tumpang gembira,“ tambah Zain Saidin lagi.
No comments:
Post a Comment