Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Sunday, October 30, 2011

Fara Fauzana dan Neelofa Pengaca Nona 2012

Dua-dua CUN dan BERBAKAT..seorang pelakon, pengacara radio, pengacara dan seorang lagi model dan pelakon dari Program Pencarian Dewi Remaja 2010..pergh..dua-dua MANTAP dan HEBAT..dan mereka akan digandingkan bersama untuk menerajui program yang POPULAR iaitu
NONA-Program TV3..



Penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana sah menjadi hos program terbitan TV3,Nona bersama pelakon jelita, Neelofa bermula Januari tahun depan.

Pengumuman mengenai pemilihan Fara, 31, dan Neelofa, 23, sebagai hos baharu Nona itu dibuat oleh Pengarah Urusan Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.
"Fara dipilih kerana gaya spontan beliau selain ada ramai pengikut manakala Neelofa pula adalah bintang baharu yang sedang meningkat naik," kata Izham pada sidang akhbar pratonton rancangan televisyen Media Prima Berhad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam.
Menurut Izham, gandingan Fara dan Neelofa diharap menyuntik kelainan kepada Nona di masa depan.
Sementara itu, Fara yang hadir pada majlis tersebut mengakui teruja dengan cabaran baharunya itu.
"Saya tidak sabar-sabar lagi untuk menjalankan tugasan sebagai hos baharu Nona kerana selepas berbincang dengan pihak penerbitan Nona, saya dibenarkan menjadi diri saya sendiri," ujarnya.
Tambah beliau, Nona yang bakal dikendalikan bersama Neelofa itu akan menggunakan pendekatan baharu untuk mencipta kelainan berbanding gaya program itu yang dikendalikan hos sedia ada, Vanidah Imran.
Katanya, konsep baharu itu akan diumumkan pada sidang akhbar Nona tidak lama lagi.

p/S:apa cer dengan VANIDa dan Maya Karin??( hanya satu musim je ker??)

No comments: