Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Thursday, October 27, 2011

Artis Korea- Kumpulan 2 PM bantu mangsa banjir Thailand


 kumpulan popular Korea Selatan, 2PM dan syarikat pengurusan mereka,
JYP Entertainment telah menderma sejumlah wang untuk membina semula bangunan dan kemudahan awam yang rosak akibat banjir teruk yang melanda Thailand baru-baru ini.
Wakil daripada Korean National Red Cross berkata:
"Pada 20 Oktober 2PM dan JYP Entertainment telah menderma wang sebanyak RM408,000 untuk digunakan dalam proses pemulihan dan pembinaan semula bangunan yang rosak akibat banjir yang melanda Thailand.
Thailand merupakan negara yang dekat dan istimewa buat kumpulan 2PM kerana salah seorang anggotanya iaitu Nichkhun berasal dari Thailand.
"Anggota 2PM telah menulis di laman sosial milik mereka beberapa kali sebagai tanda sokongan untuk negara Thailand bangkit semula selepas banjir sebelum membuat keputusan untuk menderma.
Bermula bulan Julai lalu, Thailand telah berhadapan dengan banjir yang teruk dan menenggelamkan 70 peratus negara tersebut. Seramai 342 orang disahkan terkorban akibat banjir itu.
JYP Entertainment sebelum itu telah menderma sebanyak RM942,000 sebagai bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun pada awal tahun ini.

No comments: