Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Thursday, October 27, 2011

Remy Ishak Sah bercinta dengan Tiz Zaqyah


Remy berkata, dia bukan ingin menyembunyikan hubungan cinta tersebut kepada umum seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sebaliknya tidak mahu menggembar-gemburkan kepada umum tentang hubungan yang belum tentu menjadi jodohnya itu.

Bak kata Remy:-
Sekarang, saya sedang berpacaran dengan Tiz. Saya tak mahu kecoh kerana kami masih lagi di tahap berkenalan dengan lebih rapat. Lagipun, kami tidak mahu orang luar mengharapkan sesuatu dan di penghujungnya jodoh kami tidak panjang. Lainlah kalau dah nak kahwin, semestinya saya akan beritahu kepada semua. Bagaimanapun, bagi yang tahu tentang hubungan kami, tahulah, saya tak kisah.
Kisah hubungan cinta antara Remy dan Tiz mula menjadi bualan hangat sejak mereka dilihat berpegangan tangan ketika menyaksikan acara MotoGP di Sepang pada tahun lalu dan sering dilihat bersama. Terbaru, Tiz berjumpa Remy di sebuah lokasi penggambaran dan mereka dikatakan saling suap-menyuap ketika makan bersama.

No comments: