Setelah menyepikan diri akibat dilanda tekanan sejak akhir-akhir ini, Abby Abadi tiba-tiba menulis satu post di blognya dengan mengaku yang dia dan Zul Ariffin
sudah tiada apa-apa hubungan istimewa atau dalam bahasa mudahnya sudah putus cinta.
sudah tiada apa-apa hubungan istimewa atau dalam bahasa mudahnya sudah putus cinta.
Menurut Abby, meskipun dia sangat menyayangi Zul, hubungan antara mereka terpaksa berakhir dengan perpisahan atas beberapa sebab yang enggan dijelaskan. Seperti yang ditulis oleh Abby di blognya:-
Sy mmg tak segan utk akui yg Sy mmg sayangkan dia. Sayanggg sgt2! huhu… Tp keadaan, masa, org2 tertentu, yg bweekk (:P) semualah…. nmpknya tak menyebelahi kami. Berat sgt Sy nk share kan hal ni sebenarnya, …. tp, takpelah….. Biar Zul happy dgn kehidupan dia skrg.Sebab apa kami tak buleh lg berdua, biar Sy simpan jer. Yg pasti, Sy tumpang gembira dgn apa yg dia ada Mungkin dia tak sedar yg Sy ni selalu ada di sebelah dia selama ni.
Menceritakan mengenai hubungannya dengan pelakon lelaki kacak itu, Abby memberitahu bahawa dia mula rapat dengan Zul sejak tiga tahun lepas selepas berpisah dengan bekas suaminya, Norman Hakim yang ditangkap basah dengan pelakon baru, Memey, ketika itu.
Menulis mengenai kenangan awal perkenalan mereka itu, Abby tidak dapat menafikan bahawa Zul mendapat banyak sokongan darinya sehingga pada satu ketika bekas teman lelakinya itu pernah dikenali sebagai “Zul Abby”, gabungan nama Zul dan Abby.
Walaupun mgkn kalau tiada Sy pun, dia buleh dpt apa yg dia nk, tp dah tertulis…. kehadiran dia dlm industri ini mmg awalnya dikenali dgn nama ‘Zul Abby’
No comments:
Post a Comment