Orangnya kecil – kecil cili padi, comel lotey dan petah berbicara meskipun baru berusia 8 tahun. Itulah dia, Noor Aina Batrisyia Binti Azman atau mahu lebih dikenali dengan panggilan Trisyia
yang merupakan antara 12 finalis pertandingan Idola Kecil musim ke-4.Pada sesiapa yang meminati siri rancangan ‘Kelab Upin & Ipin’ yang bersiaran di TV9, pastinya sering melihat telatah Trisyia menyanyi dan menari bersama dua figura animasi pujaan kanak-kanak seantero Malaysia.
Ketika ditanya tentang persiapannya bertanding dengan peserta lain yang lebih tua darinya, penuntut darjah dua di SK Assunta Convent, Kuantan ini dengan tenang menyatakan dia tidak gentar bersaing dengan peserta lain malah berjanji akan membuat persembahan terbaik meskipun bertanding di antara yang terbaik.
“Mak dan ayah tak kisah kalau saya nak pindah sekolah, bahkan keluarga saya juga sanggup untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Sayang memang sayang nak tinggalkan kawan-kawan di sekolah tapi saya nak capai cita-cita saya,” tambah Trisyia yang mula menyanyi sejak berusia empat tahun lagi.
“Saya nak menang, jadi kalau mereka buat betul-betul, saya akan buat lagi betul-betul, lagi mantap, ” ujar Trisyia yang memasang impian menggunakan wang kemenangan nanti untuk membeli Ipad.
1 comment:
sedap trisya menyanyi
merdu ........
Post a Comment