Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Wednesday, November 2, 2011

Coco Lee kahwin dengan kos RM 61 Juta!!

RM61 juta! Itu adalah kos keseluruhan perkahwinan yang melibatkan bintang Asia,
Coco Lee & Bruce Rockowitz, seorang jutawan yang berasal daripada Kanada. Perkahwinan yang berlangsung selama 2 hari di Hong Kong ini menelan belanja yang teramat besar atas sebab-sebab tertentu.
CoCo Lee
VOLKSWAGEN TERBARU-JETTA UNTUK ANDA>KLIK SINI
MAXIS HOME JALUR LEBAR PALING BEST>KLIK SINI
Sekurang-kurangnya RM30 juta telah dibelanja untuk penginapan bertaraf 6 bintang serta tiket penerbangan bagi 1100 jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat.

RM9.2 juta dibelanjakan untuk kos jet peribadi bagi menerbangkan selebriti bertaraf dunia seperti Oprah Winfrey, Mariah Carey dan Jennifer Lopez.

Manakala, kos cincin perkahwinan sahaja sudah menelan belanja sekitar RM9 juta. Dan pelbagai kos sampingan seperti persiapan perkahwinan, gaun perkahwinan Vera Wang, barangan kemas dan kos perunding perkahwinan yang tidak dinyatakan kepada umum.
Rockowitz dikatakan mengambil masa selama 3 tahun untuk menempah keseluruhan Pulau Dimakya, Filipina sempena bulan madu. Rockowitz, 53 pernah diundi sebagai Top 50 CEO dalam sebuah majalah terbitan negara Amerika.

Dia berhijrah ke Hong Kong ketika usia 19 tahun, menjadi jurulatih tenis dan kemudian menceburi bidang perniagaan. Kini, Rockowitz merupakan CEO bagi kumpulan syarikat Li & Fung, juga memiliki perniagaan lain.

No comments: