Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Wednesday, November 2, 2011

Ahli Kumpulan Hujan "terlibat" dalam rompakan bank

Gitaris Hujan, Hezry Hafidz atau lebih dikenali sebagai AgCoco antara
mangsa rompakan bank yang berlaku di CIMB Jalan Sarjana Cheras, tepat 4.15 petang tadi. Rakan AgCoco, Melo yang menemani bersama telah dihubungi wartawan OHBULAN! bagi memaklumkan kronologi rompakan yang berlaku.
“Tepat apabila nombor giliran AG naik, seorang perompak yang lengkap berhelmet mengacukan sepucuk pistol ke arah pelanggan dan pekerja bank. Selepas itu, perompak itu naik ke kaunter sebelah dan mengambil duit. Rompakan yang berlangsung selama 5 minit itu turut melibatkan seorang tebusan,” jelas Melo yang masih trauma dengan kejadian tadi.
AG yang masih terkejut dengan kejadian tadi memaklumkan bahawa dia ada terfikir untuk lawan balik.

“Aku ada terfikir nak lawan balik, pada masa yang sama rasa macam nak mati juga. Tapi tak sempat habis fikir perompak tu dah settle, 5 minit je kot,” kata AG

No comments: