Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Wednesday, November 2, 2011

Sinar FM "juara" stesen radio pilihan pendengar 2011

Kumpulan Airtime Management And Programming Sdn. Bhd (AMP) sekali lagi mengekal
penguasaan pasaran sebanyak 50% atau jumlah kumulatif pendengar sebanyak 11.65 juta setiap minggu apabila 5 stesen radio milik syarikat ini mengungguli kedudukan Top 10 dalam senarai Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2, 2011.
Sinar FM dengan slogan ‘Muzik Retro Terbaik’ mengekalkan penguasaan no. #1 dengan jumlah keseluruhan pendengar mencecah 4.2 juta pendengar.
Berikut adalah senarai ranking Top 5 mengikut stesen radio daripada pelbagai syarikat.
1. Sinar FM
2. Hot FM
3. Era FM
4.THR Raaga & Gegar
5.Suria FM
Mengikut pecahan bahasa pula, Hitz FM kekal stesen berbahasa Inggeris no. #1 dengan jumlah pendengar antara 1.6 juta kepada 1.9 juta. MY FM memperkukuhkan kedudukan sebagai stesen no. #1 berbahasa Cina dengan 2.2 juta pendengar. Dan, THR Raaga kekal sebagai stesen no #1 berbahasa Tamil dengan 1.75 juta pendengar.
Senarai ranking ini telah dianalisa oleh Nielsen Radio Audience Measurement (RAM) Malaysia.

No comments: