Persengketaan antara Dewi Persik dan Julia Perez semakin panas.
Baru-baru ini Dewi telah membuka rahsia Julia. Katanya, Julia menggunakan gel khas untuk
membesarkan payudaranya. Dewi berkata, dia tahu Jupe menggunakan gel untuk membesarkan payudara ketika mereka sama-sama berlakon dalam drama televisyen “Mimpi Manis.”
Waktu itu, Julia marah ketika terlihat Dewi bergurau membaling gel dengan kru penerbitan.
“Ketika adegan tidur, Julia tidur mengiring dan menyapu gel di dada. Saya sempat mengambil gel itu membalingnya kepada kru sebagai gurauan, tapi Julia marahkan saya,” katanya ketika ditemui selepas selesai kes perbicaraannya di mahkamah di Jakarta Timur.
Katanya lagi, pada awalnya dia tidak tahu itu adalah gel untuk membesarkan payudara sehinggalah diberitahu oleh Saipul Jamil yang pada masa itu masih lagi menjadi suaminya.
“Sumpah, saya tidak tahu yang itu adalah gel untuk membesarkan payudara,” katanya.
No comments:
Post a Comment