“Saya tidak menyangka akan bercinta dengannya. Kami sudah bersama sejak tiga bulan lalu dan
segalanya berjalan dengan lancar,” katanya.Apabila ditanya apakah tarikan Shah Jazle yang membuatkannya jatuh cinta, aktres berusia 18 tahun ini menyangkal dakwaan bahawa dia tertarik kerana fizikal Shah.
“Saya menyukainya bukan kerana fizikal sebaliknya kematangannya yang ada dalam dirinya itu yang membuat saya jatuh hati. Dia adalah seorang lelaki yang baik dan boleh menerima diri saya seadanya.
“Kami juga ada merancang untuk bertunang tetapi ianya masih awal lagi untuk diperkatakan. Namun saya sudah bersedia untuk berkahwin pada usia yang muda,” cerita Miera apabila ditanya perancangan hubungan mereka.
Dalam perkembangan kariernya, Miera memberitahu dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 27 episod arahan Ahmad Idham, “Jangan Pandang-Pandang” yang akan ditayangkan di saluran Astro.
No comments:
Post a Comment