Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Sunday, April 29, 2012

Lady Gaga dan Justin Bieber dalam Men In Black Three Sebagai Makhluk Asing


Penyanyi yang terkenal dengan gaya fesyen yang pelik, Lady Gaga dan penyanyi remaja terkenal Justin Bieber bakal muncul dalam filem siri terbaru "Men In Black III" (MIB 3) sebagai mahkluk asing.

Dipetik dari thewrap.com, pengarah filem, Barry Sonnenfeld telah memberitahu tentang penampilan penyanyi yang popular dengan lagu "Born This Way", Gaga dan penyanyi yang popular dengan lagu "Baby" Justin Bieber, ketika diwawancara baru-baru ini.
"Saya tidak ingat siapa kami ada untuk yang kedua, tapi akan ada beberapa muka yang anda kenal termasuklah Lady Gaga, Tim Burton, dan juga Justin Bieber," ujar Sonnenfeld.
Tambahnya lagi, ia bukan senang untuk memilih selebriti untuk dijadikan makhluk asing dalam filem ini.
"Cabaran yang pertama adalah untuk mendapatkan kebenaran daripada selebriti-selebriti ini, yang keduanya anda perlu memilih yang tidak bersikap acuh tidak acuh, atau orang politik."
Bukan Gaga dan Bieber sahaja yang terlibat dalam filem ini, malah rapper terkenal Amerika Pitbull turut akan terlibat dengan menyanyikan lagu tema untuk filem MIB 3 iaitu "Back In Time".
Filem MIB 3 akan menyaksikan Will Smith dan Tommy Lee Jones sebagai watak utama sebagai Ejen J dan Ejen K.
Filem ini menceritakan tentang Ejen J mengetahui yang nyawa rakan sekerjanya dan nasib bumi dalam bahaya, dia telah kembali ke masa lampau iaitu tahun 1969 untuk menghentikan jenayah mahkluk asing bernama Boris daripada membunuh Ejen K dan mengubah sejarah planet.
Ketika di zaman lampau, Ejen J bekerjasama dengan Ejen K (Josh Brolin) yang lebih muda dan Ejen J hanya mempunyai 24 jam untuk menyelesaikan tugas tersebut atau dia akan terperangkap di masa lampau selamanya.
Filem "Men In Black 3" akan mula ditayangkan di seluruh layar perak di Malaysia dan Singapura pada 24 Mei ini.

No comments: