Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Friday, April 27, 2012

Wajah Baru Winnie Kok selepas membuat pembedahan hidung.


Penyanyi, Winnie Kok atau nama komersialnya Winnie K memberitahu bahawa dia mengalami kecederaan di hidung akibat daripada membuat persembahan untuk sebuah rancangan yang dijalankan di China.
Winnie K buat pembedahan hidung?

Penampilan Winnie K yang berusia 35 tahun ini jika dibandingkan dengan dahulu dan sekarang jauh berbeza dari segi perubahan bentuk muka dan paling ketara adalah hidung.
Apabila ditanya mengenai adakah selama pemergiannya melanjutkan pelajaran di Indonesia sebelum ini dia telah menjalani pembedahan hidung, Winnie yang juga merupakan bekas juara Asia Bagus, Singapura pada tahun 1992 ini menepis kenyataan tersebut dengan memberitahu bahawa dia mengalami kecederaan hidung dan mungkin disebabkan itu hidungnya nampak lain sedikit. Buat masa ini, muka dan juga anggota tubuhnya yang lain adalah asli.
Wajah Winnie dahulu
"Ketika membuat latihan untuk sebuah rancangan luar negara sebelum ini, saya mengalami kecederaan agak teruk di hidung kerana rancangan tersebut memerlukan saya melakukan aksi yang agak bahaya. Doktor memberitahu ada sedikit kecederaan di hidung dan menyuruh saya membuat rawatan lanjut. Namun buat masa ini, saya masih menncari doktor paling bagus tidak kisah dalam atau luar negara bagi merawat hidung saya ini."

No comments: