Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Thursday, May 24, 2012

David Teoh Hantar SMS ugutan kepada Kamal Adli


Akhir-akhir ini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),Metrowealth International Group (MIG), David Teo dikaitkan dengan cerita-cerita yang kurang enak didengar. Terbaru, David dikatakan menjadi punca kepada penangguhan prebiu filem arahan Ahmad Idham, Gerimis Mengundang (GM) yang sepatutnya diadakan pada Isnin, 21 Mei di TGV, KLCC.

Menurut sumber yang  boleh dipercayai, David Teo telah menghantar kiriman SMS kepada hero filem GM, Kamal Adli,  meminta supaya dia menghadiri prebiu filem terbitannya, Aku Ada, Kau Ada?  yang turut  dibintangi oleh pelakon ini. Jika tidak, MIG akan mengambil  tindakan saman ke atasnya. Untuk makluman, prebiu filem Aku Ada, Kau Ada? juga dijadualkan pada hari dan waktu yang sama, cuma berbeza lokasi iaitu di Cathay Cineplex, Cineleisure.

No comments: