Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Wednesday, May 23, 2012

Gambar | Ady Putra : "sayang antara kami masih ada lagi"

Umum mengetahui pelakon yang popular dengan drama siri, ‘Tentang Dhia’, Adi Putra telah menarik balik kes permohonan cerai yang difailkan terhadap isterinya, Aida Yusof, pada 11 Mei lalu. Bagi pelakon kelahiran Singapura ini, dia menganggap apa yang berlaku adalah satu keajaiban yang sukar ditafsirkan olehnya.
Adi Putra - Saya Anggap Ini Keajaiban

“Sebenarnya apa yang berlaku ini sukar untuk ditafsirkan. Saya anggap ini satu keajaiban dan bagi saya ia merupakan sesuatu yang istimewa,” ujar Adi penuh tersirat ketika ditemui pada sidang media yang diadakan di Hotel Park Royal, malam tadi.

Berkongsi mengenai sebab beliau mengambil tindakan sedemikian, Adi memberitahu, “Bohonglah kalau kata saya dan orang rumah tidak cuba memperbaiki masalah antara kami. Pilihan di tangan kami sama ada nak terus kekal atau tidak. Kami dah fikir panjang dan berbincang sepanjang 9 hari tempoh yang diberikan dan akhirnya kami tergerak hati dan bersetuju untuk menutup kes ini. Kami menggunakan tempoh 9 hari itu sepenuhnya untuk memperbaiki kemelut rumahtangga kami dan tidak dinafikan, sayang antara kami masih ada lagi. 

Ditanya sama ada dia kesal dengan tindakannya sebelum ini memfailkan penceraian, Adi memberitahu, “Saya tak kesal dengan apa yang berlaku kerana banyak iktibar yang saya dapat dari perkara ini. Kadang-kadang, manusia tidak sempurna dan ada membuat kesilapan, tapi bagi saya, kalau boleh janganlah diulang lagi. Apapun, saya anggap kes ini sebagai pengajaran serta kesedaran dan bukan kerana kesilapan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan yang terbaik untuk rumahtangga kami dan kami hargai dan sentiasa ingat dengan doa-doa itu.”

No comments: