Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Wednesday, May 23, 2012

Gambar | Ahli Kumpulan Bee Gees Meninggal Dunia Kerana Kanser

robin Seorang daripada tiga adik-beradik pengasas kumpulan Bee Gees yang popular pada tahun 1970-an dengan lagu 'Saturday Night Fever', meninggal dunia pada usia 62 tahun.

Menurut satu kenyataan di laman web beliau, Gibb meninggal dunia setelah lama bertarung dengan penyakit kanser dan pembedahan usus serta dalam masa sama beliau juga dijangkiti penyakit pneumonia.

Sebaik berita kematian beliau tersebar, ramai rakan artis mengambil peluang untuk berkongsi kehilangan mendiang kepada ahli keluarganya melalui media sosial.

Antara selebriti yang mengucapkan takziah adalah Bryan Adams, kumpulan Duran Duran, Bruno Mars dan penulis lirik terkenal, Claude Kelly.

No comments: