Menurut Ady Putra, beliau dan isteri telah sebulat suara untuk menarik kembali fail permohonan cerai yang di’failkan kerana pergolakan yang berlaku antara mereka sudah reda.
Sejak bila pergolakan rumahtangga anda wujud? Ady Putra menjawab yang mana mana rumahtangga pun pergolakan pasti wujud sejak awal & mereka berdua tidak terlepas dari lumrah hidup itu dan mereka menerima seadanya.
Bagaimana dengan tanggapan orang mengatakan yang Ady Putra main main dengan isu penceraian?
Ady Putra menjelaskan yang beliau bersyukur dengan situasi begini dan tidak ambil peduli dengan tanggapan orang kerana keputusan ini keputusan yang di’anggap baik.
Ramai berspekulasi tentang kehadiran orang ketiga sebagai punca? “Saya boleh kata yang memang tiada orang ketiga dalam pergolakan antara kami. Ia’nya hanya satu isu tidak ada sefahaman antara kami berdua. Nama yang di’sebut sebut juga tiada kena mengena,” ujar Aida Yusof.
Adakah permohonan cerai ini satu kesilapan buat Ady Putra & Aida Yusof? “Saya tidak anggap apa yang terjadi ini satu kesilapan buat kami berdua. Ia’nya lebih kepada pengajaran yang perlu kami terima sebagai proses mengukuhkan hubungan kami suami isteri,” ujar Ady Putra.
sumber : RotiKaya
No comments:
Post a Comment