Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Monday, June 18, 2012

Adibah Noor Nyanyi LIVE di Telefon Peminat Tengah Malam tadi


Adibah Noor melalui akaun Twitter beliau menulis sekitar jam 12.00 tengah malam meminta sesiapa yang berminat supaya menghantar nombor telefon mereka melalui Twitter.
Berminat untuk apa? Ini bahagian yang menarik, Adibah Noor akan memilih seorang peminat beliau yang bertuah & membuat panggilan telefon seterusnya menyanyikan sebahagian lagu.

Selepas sambutan yang sangat menggalakkan, daripada hanya seorang, Adibah Noor akhirnya membuat panggilan ke tujuh orang peminat beliau dan menyanyi secara live.
Itu epik. Dan, Adibah Noor berjanji yang sessi sebegini bakal berulang lagi jika beliau mempunyai masa lapang selepas ini. 

No comments: