Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Tuesday, June 19, 2012

Gambar | Dato' Aziz Satar Jawab Isu Cerai | Hanya Khabar Angin


Seniman, Datuk Aziz Sattar, 87, menafikan beliau kini dalam proses bercerai dengan isterinya, Datin Hashimah Delan, 54, seperti dilaporkan sebuah portal hiburan, semalam.
Aziz Sattar

Beliau yang ketika ini berada di Sabah atas urusan kerja, ketawa ketika ditanya mengenai status perkahwinannya itu.
“Hubungan kami masih baik dan tidak ada masalah. Itu semua (berita penceraian) hanya khabar angin dan kami masih bahagia sehingga sekarang.
“Saya harap tiada pihak yang mempercayai khabar angin tersebut dan lebih baik mereka doakan kebahagiaan saya dan keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.
Aziz dan Hashimah melangsungkan perkahwinan pada 16 Disember 2006 di Masjid Negeri Shah Alam. Perkenalan pasangan itu bermula di sebuah majlis anjuran Klasik FM di Taman Nirwana, Ampang pada 2005 menjadi titik tolak perhubungan mereka.

No comments: