Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Wednesday, June 13, 2012

Sabhi Saddi Minat Khairul Fahmi @ Apex


Acapkali berlangsungnya perlawanan bola sepak yang melibatkan selebriti tempatan, penyanyi lagu Nadiku iaitu Sabhi Saddi kerap diamanahkan sebagai penjaga gol.

Malah, penglibatannya dalam menjawat tugasan berkenaan sememangnya dipuji dan ketangkasannya persis seorang pemain profesional.


Namun, disebalik kegagahan Sabhi di padang sebagai penjaga gol, ramai tidak tahu bahawa penyanyi itu merupakan peminat rahsia kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex,23.
Senang cerita, Sabhi adalah secret admire Apex.


Disebabkan itulah, Sabhi dikhabarkan sering saja cuba menjadi terbaik seperti Apex setiap kali beraksi sebagai penjaga gol.
Dalam pada itu, Sabhi juga dikatakan ada memasang niat untuk bertemu dan menuntut ilmu dengan Apex kerana minatnya sebagai penjaga gawang semakin mendalam.
Apa sekalipun, jika benar Sabhi betul-betul berjaya sebagai penjaga gol pasukan artis, mungkin dia boleh berjaya seperti Apex.

No comments: