Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Monday, June 4, 2012

Robert Pattinson takut Beraksi ‘Panas’


Pelakon terkenal Hollywood, Robert Pattinson mengakui tidak selesa untuk beraksi ‘panas’. Dia bagaimanapun telah diarahkan untuk beraksi gaya demikian dalam filem terbarunya, Cosmopolis.

“Oh, saya takut dengan Cosmopolis. Ada adegan mesra yang saya hanya menggerenyet.
Tetapi wanita (pasangannya) itu sangat asyik membuka pakaian, tetapi tidak bagi saya,” katanya dipetik dari Female First semalam.
Pattinson yang melonjak namanya menerusi watak Edward Cullen dalam filem Twilight mengakui dirinya gusar dengan adegan itu.
Ini merupakan filem pertama Pattinson bekerja di bawah arahan David Cronenberg.
Selain itu, filem itu juga telah ditayangkan secara perdana pada Festival Filem Cannes minggu lalu.
‘Cosmopolis’ merupakan filem adaptasi novel karya Don DeLillo yang menceritakan tentang seorang jutawan muda yang terancam kehilangan kekayaannya dalam masa satu hari.

No comments: