Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Friday, July 6, 2012

Gambar | Abby Abadi Masuk Pas ???


Sebelum ini, pelakon wanita, Abby Abadi menafikan kepada umum yang dia terlibat dalam politik kerana kelibatnya banyak dilihat dalam ceramah-ceramah agama anjuran parti Islam, Pas.
Abby Abadi

Katanya, dia hanyalah ingin mendalami ilmu agama selain mahu mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.
Tindakannya itu sejajar dengan niat hijrahnya yang mengenakan hijab sejurus lepas pulang dari menunaikan ibadah umrah beberapa bulan lepas.
Banyaklah gambar-gambar atau ceramah-ceramah yang Abby hadiri dan ada juga dia diberi peluang untuk memberikan pandangannya mengenai agama Islam dan erti tentang penghijrahan.
Rata-rata peminatnya bersyukur dan gembira dengan perubahan positif Abby yang menunjukkan dia semakin menjadi muslimah yang disegani.
Namun, agak memeranjatkan apabila Abby telah memuat naik beberapa status yang berunsurkan politik di laman sosial Facebooknya semalam.
Banyak jugalah kata-kata dan pandangan yang dilontarkan oleh Abby.
Apa kata anda bila artis seperti Abby mahu melibatkan diri dalam dunia politik?
Abby 1

No comments: