Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Thursday, July 5, 2012

Konsert 'M.Nasir with The MPO' Saji Lagu Terbaik M.Nasir

Kini giliran 'sifu' Dato' M.Nasir menyahut cabaran tersebut apabila beliau bakal mengadakan persembahan diiringi 100 pemuzik di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) pada 13 dan 14 Julai ini.

Dalam persembahan yang dijangka berlangsung selama 2 jam, peminat-peminat penyanyi ini bakal disajikan dengan rangkaian lagu-lagu popular yang diiringi oleh MPO, antaranya Kias Fansuri, Sahabat Gua, Apokalips, Juwita, Ghazal Untuk Rabiah, Andalusia, Bonda, Kepadamu Kekasih, Sentuhan Listrikmu dan banyak lagi.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan konsert 'M.Nasir with The MPO' boleh mendapatkan tiket-tiket yang berharga, Premium: RM358, A Reserve: RM258, B Reserve: RM158, C Reserve: RM98.

Tempahan melalui telefon boleh dibuat dengan menghubungi 03-20517007, 03- 20517077 (fax) atau layari www.dfp.com.my dan www.mpo.com.my

No comments: