Pelakon makin popular, Nazim Othman menafikan akan melaram sakan sempena Aidilfitiri ini. Sebaliknya, bintang drama bersiri ‘Dejavu Di Kinabalu’ ini mengakui dia akan beraya secara sederhana, sama seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini.
“Saya akan beraya secara sederhana sahaja, sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Saya tidak rasa diri ini sangat popular sehingga perlu beraya sakan. Lagipun, popular atau tidak saya ini, terpulang kepada peminat untuk buat penilaian. Saya tidak boleh buat penilaian sendiri. Tapi, saya tidak nafikan, selepas berlakon dalam ‘Dejavu Di Kinabalu’, makin ramai yang mengenali saya. Malah, ada yang memanggil saya dengan nama ‘Bazli’.
Sempena Raya, saya akan pulang ke rumah keluarga di Johor Bahru sebaik sahaja selesai pengambaran drama ‘Kau Yang Terindah’. Cuti raya saya pun tidak lama, kerana 23 Ogos saya sudah mula penggambaran. Tentang persiapan raya, kali ini saya tidak membeli banyak berbelanja. Baju raya pun saya tidak beli. Pakai sahaja Baju Melayu yang ada sebab ada beberapa pasang lagi yang masih elok Tidak perlu membazir,” ujar Nazim merendah diri.
No comments:
Post a Comment