BIARPUN sudah berlaku curang, pengarah terkenal, Rupert Sanders beruntung kerana isterinya, Liberty Ross sedia memberi peluang kedua untuk rumah tangga mereka.
Ross, yang kelihatan tidak memakai cincin perkahwinan, bagaimanapun menyediakan beberapa syarat buat Sanders.
Difahamkan, Sanders tidak kisah mematuhi dan menandatangani satu perjanjian dibuat Ross yang mengandungi lima perkara.
“Selepas skandalnya dengan Kristen Stewart terbongkar, Rupert nampak terlalu terdesak untuk menyelamatkan rumah tangganya. Dia sanggup berbuat apa saja,” kata sumber.
Antara isi perjanjian itu termasuklah tidak membenarkan Sanders bekerja dengan Stewart lagi selepas ini.
"adakah lagi peluang buat Kristen Stewart???"
No comments:
Post a Comment