Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Monday, September 3, 2012

Gambar | Terima Anak, Syarat Siti Nordiana Kahwin Lagi


Penyanyi Siti Nordiana memberitahu hanya akan menamatkan zaman jandanya apabila bertemu dengan lelaki yang boleh menerima kehadiran anak lelaki tunggalnya iaitu Mohammad Ryyan Nakhaie, empat tahun.

Siti Nordiana yang lebih mesra dengan sapaan Nana memberitahu, dia meletakkan perkara itu sebagai kriteria utama dalam mencari jodoh kerana keutamaannya kini adalah kepada anaknya itu.
"Secara dasarnya saya sudah bersedia untuk kembali berumah tangga dan ciri-ciri yang saya cari adalah lelaki tersebut kena menerima anak saya dan bukan semata-mata diri saya sahaja.
"Tambahan pula tanggungjawab lelaki itu nanti bukan mudah kerana perlu membesarkan anak saya dan sebab itu saya mahu calon suami saya itu nanti benar-benar bersedia," katanya kepada mStar Online.
Nana sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusop sebelum bercerai pada tahun 2009.
Dalam pada itu, Nana mengakui dirinya sedang berkawan dengan seorang lelaki namun memberitahu hubungan mereka masih dalam peringkat awal.
Nana berkata, dia mahu mengenali hati budi lelaki tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.
"Saya pernah gagal dalam perkahwinan dan kali ini saya mahu meneliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan tambahan pula saya mencari seorang lelaki yang boleh menjadi bapa kepada anak saya.
"Barangkali lelaki yang saya sedang berkawan itu adalah orangnya atau pun mungkin tidak, Nana mahu cari yang terbaik," ujarnya.
Bercerita lanjut mengenai jejaka tersebut, Nana, 28, memberitahu dia sudah lama mengenalinya dan dia juga sedang berusaha memikat hati Ryyan.
"Dia sebaya dengan Nana dan belum pernah ada pengalaman dengan kanak-kanak jadi dia kini sedang membiasakan diri dengan situasi baru dan setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Jika ada jodoh Nana terima dengan seadanya," ujarnya.

No comments: