LOS ANGELES - Pada usia 20 tahun, penyanyi Demi Lovato sebenarnya tidak perlu terlalu bergantung kepada alat solek untuk kelihatan cantik.
Namun, juri rancangan X Factor itu tetap tidak mahu wajah semula jadinya dirakam ketika sampai di lapangan terbang Los Angeles, Khamis lalu.
Penyanyi dan pelakon berambut perang itu cuba menyembunyikan wajahnya dengan bantal ketika tiba di lapangan terbang di sini, selepas menaiki penerbangan selama enam jam dari New York.
Bintang The Camp Rock itu kelihatan memakai kemeja-t berwarna putih, seluar bercorak bintang, jaket berwarna khaki dan kasut but padanan warna hitam dan merah, sementara rambutnya pula diikat ke atas.
Daripada gaya pemakaiannya itu, Lovato kelihatan seperti sudah bersedia untuk tidur, tambahan lagi dia memegang bantal yang digunakan untuk menyembunyikan wajahnya.
Lovato berada di New York bagi menjayakan konsert Go-Go. - AGENSI
via Utusan
No comments:
Post a Comment