Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Friday, October 19, 2012

Gambar | Remy Ishak Kembali Bersama Maya Karin ?? , Keluar Makan Berdua


Pelakon kontroversi Remy Ishak mengakui terkejut dan tidak menyangka tindakannya menikmati makan malam bersama aktres Maya Karin pada malam Rabu lalu menjadi perhatian sehingga mencetuskan spekulasi.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 30, berkata, perkara itu tidak patut diperkatakan dan menjadi isu kerana pada hakikatnya dia dan Maya berjumpa sebagai rakan sahaja.
“Saya tak sangka pula perkara (keluar makan) ini jadi perhatian. Padahal, tiada apa-apa yang berlaku. Saya dan Maya hanya keluar makan seperti mana saya keluar dengan kawan-kawan lain.
“Rasanya, soal kami keluar bersama tidak perlu diperkatakan sebab ia bukan satu isu pun,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Khamis.
Gosip terbaru itu tercetus apabila Remy yang baru putus cinta dengan aktres Tiz Zaqyah dikatakan keluar makan bersama Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 33.
via MStar
70% of Malaysians have THIS. Are you one of them?

No comments: