Ketika ramai menyangka Abby Abadi sudah meninggalkan terus dunia berlakon, bekas isteri Norman Hakim ini meluahkan kerinduannya untuk kembali berlakon iaitu bidang yang telah menjadi punca rezekinya sebelum ini.
"Secara jujurnya, saya rindu berlakon lagi. Saya masih sayangkan dunia lakonan dan teringin kembali berlakon seperti dahulu.
"Ramai beranggapan yang saya tidak akan berlakon lagi, malah ada yang meletakkan saya sebagai bekas pelakon," katanya kepada Sinar Harian.
Tidak mahu digelar ahli politik, Abby menjelaskan dia tidak akan menolak tawaran lakonan yang dirasakan sesuai dengan imejnya kini.
"Walaupun imej saya sudah berubah, namun saya masih boleh berlakon dan berdakwah menerusi lakonan.
"Mungkin saya harus lebih selektif, tetapi jika ada yang benar-benar sesuai, saya tidak akan menolak," ujarnya.
via mediahiburan
No comments:
Post a Comment