Gadis sunti yang memegang watak Munirah dalam drama Kau Yang terindah sedikit sebanyak telah melonjakkan namanya dalam industri seni. Walaubagaimanapun, kehidupan seorang artis tidak selamanya akan indah. Pasti timbul isu panas, lebih-lebih lagi jika artis tersebut mula popular.
Menerusi Pancaindera yang diterbitkan pada Ahad lalu, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, 20 tahun, disifatkan sebagai seorang yang “minah propa” akibat gagal menghadiri sesi fotografi yang telah dijanjikan. Namun, setelah menemubual artis jelita itu, beliau mempertahankan diri dengan membuat penjelasan bahawa beliau lewat satu jam kerana sakit teruk, malah pihak berkenaan turut sedia maklum tentang masalah kesihatannya itu.
“Saya tidak mengenali Syed, malah saya berurusan dengan pihak lain dan kenapa pihak lain pula yang mengeluarkan cerita ini? Bagi saya, ini salah paham. Saya sakit teruk dan semua krew tahu saya sakit teruk. Benar temujanji tersebut pada pukul 11 pagi, tetapi akibat masalah kesihatan saya terlewat 1 jam dan 12 tengah hari saya call mereka untuk datang, tetapi mereka suruh saya tak payah datang kerana makeup artis dan krew semuanya sudah balik.”
Akibat rasa serba salah, Emma meminta maaf dan ingin menggantikan kesalahannya dengan mencari makeup artis sendiri. Namun, pihak tersebut menyatakan suasana amat kelam kabut dan sesi fotografi terpaksa dibatalkan.
Bukan itu sahaja, Emma turut terkejut dan sedih dengan cerita yang disampaikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Katanya, “Sebagai manusia, kita tidak akan lari daripada sakit jika bekerja lebih masa, namun Emma tetap gagah untuk ke temujanji Pancaindera walaupun lewat sejam dengan menawarkan makeup artist.”
Sebelum ini, beliau turut menyatakan bahawa kesemua temujanji yang dijadualkan pasti beliau akan datang tepat pada masanya dan kenyataan bahawa Emma tak memberikan makluman awal kepada mana-mana pihak adalah tak benar sama sekali. Cuma pada hari itu beliau mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan rutin hariannya terganggu.
Emma turut menambah, “Kebiasaanya kalau majalah, mereka akan menunggu 2, 3 jam sampai artis datang, tetapi atas kelewatan Emma selama 1 jam kerana tidak sihat, pihak berkenaan mengatakan tak payah hadir ke sesi fotografi. Apa-apa pun, Emma tidak menyalahkan mereka malah Emma turut mengaku kesalahan yang dilakukan.”
Akhir kata Emma turut berpesan kepada si pembuat cerita supaya bertanya dahulu kepada beliau tentang masalah yang dihadapi sebelum membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan kerjayanya.
via Ohbulan
No comments:
Post a Comment