Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Friday, May 2, 2014

500 Tetamu Bakal Hadir Majlis Resepsi Misha Omar Selepas Isyak Malam ini

Selepas selamat diijab kabulkan pagi tadi, penyanyi popular Misha Omar dan suaminya Firos Ezzwan Rossly bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan dihadiri 500 tetamu di Hotel Renaissanse, Kota Bharu malam ini.

Majlis yang dijangka akan diadakan selepas solat Isyak itu bakal menyaksikan pasangan
berkenaan diraikan dalam sebuah majlis serba sederhana di dalam dewan utama hotel berkenaan.
Perunding perkahwinan penyanyi berkenaan, Syaiful Baharim berkata majlis malam ini diilhamkan dalam suasana serta perhiasan serba sederhana sebagaimana yang diinginkan kedua-dua mempelai.
“Alhamdulillah majlis pernikahan pagi tadi telah berjalan dengan lancar dan tiga artis popular iaitu Dina Nazir, Fara Fauzana dan Jaclyn Victor telah berbesar hati menjadi gadis dulang hantaran. Manakala Adibah Noor telah menjadi pengacara majlis.
“Pada majlis malam ini pula, ketiga-tiga mereka diundang sebagai tetamu dan khabarnya beberapa selebriti popular seperti Datuk M Nasir, Dato Hattan, Nurul Depp akan hadir sebagai menyerikan acara,” katanya yang juga merupakan pereka fesyen popular.
Misha Omar dan Fios Ezzwan telah selamat diijab kabulkan pagi tadi dengan sekali lafaz di mana kedua-dua belah mempelai telah menyerahkan dulang hantaran 5 berbalas 6 yang mengikut adat tradisi perkahwinan masyarakat Melayu.
Misha Omar telah menerima 6 dulang hantaran daripada pihak lelaki yang terdiri daripada haruman, buah-buahan, produk penjagaan kulit, cokelat, kek dan tidak ketinggalan set lengkap barangan kemas.
Tambah Syaiful Baharim, untuk majlis resepsi malam ini penyanyi wanita berkenaan akan menyarungkan persalinan bersanding rekaannya (Syaiful Baharim) dan akan menyalinkan persalinan rekaan Michael Ong bagi meyerikan acara potong kek.
Katanya, pihak perancang perkahwinan miliknya telah mula berkampung di Hotel Renaissanse sejak hari Rabu lalu bagi membuat persiapan persandingan berkenaan termasuk pelamin dan aturcara majlis berkenaan supaya berjalan dengan lancar.
“Misha Omar hanya mahukan sebuah suasan yang cantik dan tidak keterlaluan. Dia mahu majlis itu berjalan serba sederhana yang dapat diraikan bersama-sama keluarga kedua-dua belah mempelai dan juga rakan artis,” kata Syaiful Baharim.

No comments: